Monday, July 26, 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Kg Baru Si Rusa, Port Dickson.




Kerja amal untuk kutipan derma anak-anak yatim telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Kg Baru Si Rusa, Port Dickson.
Kami berbesar hati untuk menjayakan acara amal seperti ini. Di samping mengutip derma untuk anak-anak yatim, kami juga telah mendedahkan kepada pengunjung tentang aktiviti dan juga minat kami terhadap kereta untuk dikongsi bersama.

:Sejarah Penubuhan:

Pada 1 Januari 2010, atas muafakat dan persetujuan semua ahli, satu kelab telah ditubuhkan. Kelab ini diberi nama “Kelab Kereta Negeri Sembilan” atau nama singkatannya “KINDNESS CLUB”. Kelab ini mempunyai 22 orang ahli. Keahliannya terdiri daripada pelbagai kenderaan dan ahlinya pula tidak mengira bangsa mahupun agama seiring dengan seruan Kerajaan Malaysia iaitu 1 Malaysia.
“KINDNESS CLUB” ini tertubuh ekoran permintaan dan persetujuan daripada golongan belia yang ingin menubuhkan satu kelab supaya dapat berkongsi minat yang mendalam dengan sesama peminat kereta yang lain. Selain itu, ia juga dapat menambahkan pengetahuan dan berkongsi pengalaman.
Di samping itu , ia juga ditubuhkan bagi mengadakan aktiviti – aktiviti yang berfaedah serta menghindarkan diri daripada terjebak dengan masalah gejala sosial yang kurang sihat. Justeru itu, ia juga dapat mengeratkan persahabatan dan merapatkan hubungan silaturahim di antara satu sama lain.Dimana sediamaklum kita rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan agama.